Rawatan tekanan darah tinggi semasa hamil

Salam sayang kepada semua pembaca blog kesayangan Ana nie... Kali nie Ana nak kongsi tentang tekanan darah tinggi semasa hamil.... tentu ramai wanita di luar sana yang pernah dengarkan... So, entri kali nieAna nak kupas sikit tentang tekanan darah tinggi nie...
 
Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa hamil. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga dikenali sebagai toxemia. Sebenarnya tekanan darah tinggi semasa hamil nie menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.



 

rawatan tekanan darah tinggi semasa hamil


Jenis Jenis Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Hypertension Kronik

  • Ia juga dikenali sebagai chronic hypertension. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) sebelum mengandung atau pada peringkat awal kehamilan (sebelum minggu ke 20) ataupun tekanan darah tinggi berterusan selepas kelahiran bayi.

Hypertension gestasi

  • Juga dikenali sebagai gestional hypertension. Tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) terjadi selepas kehamilan minggu ke 20 dan tiada pengeluaran protein dalam air kencing dan akan hilang selepas kelahiran bayi.

Preeclampsia

  • kedua dua hypertension kronik dan hypertension gentasi boleh menyebabkan preeclampsia. Iaitu keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke 20. ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat. Sebenarnya, ia juga boleh memberikan kesan kepada buah pinggang, otak dan organ organ penting yang lain di dalam badan dan pengeluaran protein dalam air kencing.
  • Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera iaitu ibu akan mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi semasahamil. Terdapat juga kes yang ibu boleh terkena strok sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
 

rawatan tekanan darah tinggi semasa hamil

     

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) boleh menjejaskan bayi anda?

Penyebab yang sebenar masih tidak diketahui, tetapi pakar perubatan mendapati preeclampsia mungkin terjadi disebabkan oleh pembentukan uri yang tidak normal yang boleh berlaku seawal minggu ke 18-20 kehamilan. Salur darah di dalam uri tidak menjadi nipis dan lembut. Saluran darah tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Terdapat juga darah beku yang menyebabkan saluran darah tersumbat di dalam uri. Apabila saluran darah mengecut atau tersumbat, makan berlakulah tekanan darah tinggi ni. Tekanan darah tinggi menjejaskan perkembangan bayi dan bayi yang dilahirkan lebih kecil dari biasa. walau bagaimana ppun, sesetengah PIH akan hilang selepas kelahiran bayi. Tetapi ada juga, kes yang tekanan darah akan kekal pada tahap yang tinggi sehingga 6 minggu kelahiran.
 

Siapakah yang berisiko untuk tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)?

  • Ibu kali pertama iaitu kandungan sulung
  • Ibu yang mempunyai keluarga yang mempunyai PIH
  • Kandungan kembar
  • Ibu berumur kurang daripada umur 20 tahun atau lebih daripada umur 40 tahun
  • Ibu yang mempunyai hypertension kronik
  • Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
  • ibu yang terlalu kurus atau rendah
  • kandungan molar
 

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?

  • Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.
  • Jika PIH teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyababkan kesan yang serius kepada ibu dan bayi.
  • Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, anda boleh melakukan perkara berikut:
1) rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
2) kurangkan memakan garam
3) minum 8 gelas air sehari
4) dan Ana cadangkan pengambilan vitamin shaklee seperti berikut ye:
  • B Complex - membantu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Ini kerana tekanan darah tinggi berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan ia memberi kesan kepada saraf. 
  • Garlic - Atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol yang normal. kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin. 
  • Omega Guard - minyak ikan Shaklee ini membantu mencairkan darah dan melincirkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan membantu dalam masalah ketengangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan.
 
Rawatan tekanan darah tinggi semasa hamil
 
     
 Oklah... Ana dah kupas tentang isu tekanan darah tinggi semasa hamil... Perlukah untuk ibu hamil mengambil supplemen yang disyorkan tadi... Jawapan Ana. Memang perlu sebab biarlah kita mencegah sebelum terkena kan... tepuk dada tanya sendiri ye... pentingkah untuk kesihatan bayi kita atau pun tidak???... huhu... Anda fikirkanlah...
  
 
Untuk pertanyaan lanjut atau order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan