Merawat tekanan darah tinggi dengan Shaklee

Ok.. Entri nie adalah sambungan untuk entri th tinggi semasa hamil. Kali nie Ana nak kongsi tentang darah tinggi kepada mereka yang tidak hamil plak... Sebelum tu, jom kita kenal dulu apa dia tekanan darah tinggi nie...
 
Tekanan Darah adalah tekanan pada dinding ateri darah. Tekanan ini disebabkan oleh aliran darah, hasil dari pengepaman jantung. Jika tekanan darah seseorang sering meningkat dan tidak menurun pada satu jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung, salur darah, buah pinggang, dan lain-lain bahagian pada tubuh badan. Tidak ada simptom apabila kita mengalami tekanan darah tinggi, kita mungkin boleh mengalaminya selama bertahun tanpa disedari.

Merawat tekanan darah tinggi dengan Shaklee

Pengukuran Tekanan Darah

Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik. "Sistolik" merujuk kepada tekanan darah apabila jantung berdegup semasa mengepam darah. "Diastolik" merujuk kepada tekanan darah apabila jantung rehat antara denyutan.

Sering kita nampak tekanan darah seperti ini,120/80 MmHg. Maksudnya Sistolik - 120 dan Diastolik - 80.

Jadual di bawah menunjukkan nombor tekanan darah yang normal dan tidak normal untuk orang dewasa.


Merawat tekanan darah tinggi dengan Shaklee
 Tekanan darah tidak tetap sama sepanjang masa. Ia rendah apabila anda tidur dan meningkat apabila anda bangun. Tekanan darah juga meningkat apabila anda teruja, nervous atau aktif. Jika tekanan anda selalu lebih tinggi dari keadaan normal, anda berisiko untuk mengalami masalah kesihatan.
 
Sekiranya  anda dikategori "Prehypertension" lambat laun anda mungkin berakhir dengan High Blood Pressure (HBP), melainkan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

Jika anda sedang dirawat untuk HBP dan mempunyai bacaan berulang dalam julat normal, tekanan darah anda adalah di bawah kawalan. Walau bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor anda dan ikut pelan rawatan anda untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah kawalan.

Bacaan Sistolik dan diastolik tidak semestinya dalam kategori tekanan darah yang sama. Ini adalah kategori yang lebih teruk. Sebagai contoh, jika nombor sistolik anda adalah 160 dan nombor diastolik anda ialah 80, anda mempunyai peringkat 2 HBP. Jika nombor sistolik anda ialah 120 dan bilangan diastolik anda ialah 95, anda mempunyai peringkat 1 HBP.

Punca-Punca Tekanan Darah Tinggi

1) Masalah Kesihatan - Penyakit buah pinggang kronik, thyroid dan beberapa lagi penyakit boleh menyebabkan tekanan darah tinggi

2) Pengambilan ubat - Seperti  ubat perancang, ubat hormon untuk meredakan simptom menopos boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, pastikan anda memberitahu doktor anda sebelum mengambil ubatan ini.


3) Umur yang meningkat - Tekanan darah seolah-olah meningkat selari dengan umur. Jika anda lelaki berumur 45 thn ke atas atau wanita 55 thn keatas, anda berisiko untuk mempunyai tekanan darah tinggi. Namun ambillah langkah-langkah untuk mencegah ya...

4) Berlebihan Berat Badan/Obesiti - Risiko lebih tinggi jika Berat Badan yang berlebihan.

5) Jantina - Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan

6) Cara hidup yang kurang sihat;
     - Pengambilan garam (sodium) yang tinggi
     - Minum terlalu banyak alkohol
    - Tidak cukup potassium dalam diet harian
    - Tidak cukup aktiviti fizikal
    - Merokok
    - Stress 
Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Pengawalan tekanan darah yang tinggi tertakluk kepada 2 perkara: Mengubah corak hidup ke lebih sihat dan pengambilan ubat dari doktor... 
Ubat dari doktor terdiri melibatkan pengurangan bendalir dan garam dalam badan agar tekanan darah berkurang. Atau ubat yang memperlahan degupan jantung atau kata lain membuat seseorang itu relax. Atau ubat yang memperluaskan salur darah. Mungkin pesakit perlu makan sejenis ubat sahaja, atau mungkin gabungan beberapa jenis. 
 
Dengan shaklee pun sebenarnya ada supplemen yang boleh membantu pesakit tekanan darah tinggi nie... Ana boleh cadangkan 3 supplemen nie iaitu:
 

Merawat tekanan darah tinggi dengan Shaklee
 
  • Omega Guard - minyak ikan Shaklee ini membantu mencairkan darah dan melincirkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan membantu dalam masalah ketengangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan.
  • B Complex - membantu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Ini kerana tekanan darah tinggi berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan ia memberi kesan kepada saraf. 
  • Lecithin - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.
Jadi, bolehlah kita mengambil supplemen Shaklee nie sebagai satu alternatif untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Jika berminat, boleh hubungi Ana ye...
 
Untuk pertanyaan lanjut atau order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan