Panduan betul pengambilan vitamin Shaklee

Dapatkan panduan yang betul
Jangan cepat menunding jari mencari kesalahan orang lain. Mari kita sama sama mencari kelemahan diri kita dulu. Kita katakan orang lain ada kelemahannya, tetapi ingatlah bahawa kita sendiri pun bukanya hebat sangat. Kena selidiki keseluruhan apa yang menyebabkan sesuatu masalah itu terjadi. Bukan main senang senang sahaja meletakkan kesalahan kepada pihak lain demi menutup kelemahan diri kita.

Panduan betul pengambilan vitamin Shaklee


Begitu jugalah dengan pengambilan vitamin dalam kehidupan seharian. Memang benar kita akan berasa kecewa bila kita dapati pengambilan vitamin tidak memberi impak positif pada diri kita. Seolah-olah tiada perbezaan positif yang ketara dapat kita nikmati. Lantas kita cepat menuduh vitamin tidak berkesan dengan kita. Vitamin ini tak bagus. Vitamin tu...vitamin tu... bla.. bla... bla...
Jangan salahkan vitamin kalau vitamin itu sudah menjalani pelbagai ujian klinikal dan saringan sebelum ia dibenarkan penjualannya kepada kita. Kenapa tidak? Sebab itu kita kena lihat semula cara kita makan vitamin atau lebih mudah kita semak balik life style kita macam mana.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberi kesan kepada tubuh seseorang itu. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:


Panduan betul pengambilan vitamin Shaklee

  • Pengambilan air kosong dipandang remeh. Ramai yg lebih gemar minum air manis atau yg berwarna. Tapi kita lupa yg air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabknan kegemukan. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan. Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

  • Makan Vitamin secara banyak dan sekaligus pada satu masa. Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan. Cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut keperluan dan kesesuaian supaya kepekatan darah kita tak meningkat secara mendadak pada satu2 masa. Dalam masa kita juga membantu agar buah pinggan tak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan. Makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses.

  • Pengambilan Kafein. Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.

  • Pengambilan Vitamin bersama ubat. Bagi kita yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.

  • Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak nak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.

  • Pantang larang makan vitamin. Ada jugak yg tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin tu sendiri. Contohnya multivitamin Vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu sebab multivitamin yg lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi. Kan rugi? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan alfalfa sebab kalau diambil dengan alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E. So kalau dah dimaklumkan apa yg boleh dan tidak, elokla ikut.

Oleh itu, bagi mendapat kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara seperti yang tersebut. Jangan main makan sahaja vitamin ni. Kena ada ilmunya. Yang paling penting dapatkan vitamin daripada pengamal vitamin yang betul. Kita kena dapat cara panduan dan aturan amalan vitamin yang betul untuk mendapat kesan optimumnya. Bukan makan, pakai dan buang. Rugi dan tak berbaloi.

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776