Perkara yang Ibu Perlu Tahu Pada Awal Penyusuan Susu Ibu

Pengalaman ula menyusukan bayi telah Ana perolehi semasa dengan bayi kedua Ana, Muhamad Rifqi dan Ana teruskan pula dengan bayi ketiga Ana, siapa lagi... Cik inspirasi Ana lah... Shafa' Adni...

Memang Ana bertekad untuk menyusukan mereka... Semasa dengan Rifq Ana tiada masalah sangat... Susu memang banyak.... Tapi bila dengan Shafa', susu agak kurang pada mulanya... tetapi Ana teruskan juga, dan alhamdulillah berjaya jugak :)

Perkara yang Ibu Perlu Tahu Pada Awal Penyusuan Susu Ibu


Yang Ana nak kongsikan adalah perkara yang ibu perlu tahu apabila menyusukan bayi masing masing...   


Kenapa baby kerap sangat nak menyusu?
Susu ibu sangat mudah dihadam. Sebab tu baby kerap lapar. Bukan sebab susu ibu yang tak mengenyangkan tapi komponen dalam susu ibu mudah dan tidak kompleks seperti susu formula. Jadi perut anak kita mudah bekerja..
 
Kenapa anak saya kerap buang air besar?
Sebab dalam susu ibu ada pelawas semulajadi dan itu tandanya perut anak kita menjalankan fungsinya dengan normal dan baik..

Kenapa kekadang anak saya tidak buang air besar?
Kerana khasiat susu ibu telah diserap sepenuhnya dan tiada apa yang tinggal untuk dibuang. Tiada saki baki bendasing yg tertinggal kerana keseluruhan kandungan dalam susu ibu bermanfaat untuk tubuh bayi..

Kenapa anak saya suka melekap (menyusu tidak berhenti)?
Sebab anak kita tinggal dalam perut ibu selama 9 bulan. Jadi dia sudah terbiasa dan selesa dalam rahim yang sempit. Tidak hairanlah dia sangat suka apabila menyusu sambil dipeluk. Dia rasa tenang dan selamat. Anak kita mula mengenali dan menyukai bau ibunya selain dapat mendengar degupan jantung kita. Semua ini buat anak kita rasa selesa.
 
Nak dapatkan set menyusu yang best... Klik di sini ye...
 
Hubungi Ana lagi untuk lebih info...k Matematik)


Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan