Cara Atasi Masalah Sakit Migrain



Pernah rasa macam nak hantuk kepala ke dinding apabila sakit kepala… huhu… memang sakit sangat kalau migrain nie melanda. Nak buat kerja pun tak boleh. Semua kena dibatalkan bila migrain menyerang. Jom kenal migrain dulu…


Cara Atasi Masalah Sakit Migrain


Bagaimana Sakit Migrain Terjadi?

Sakit Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

 


Punca Sakit Migrain Berlaku

·         Kesan daripada alahan seseorang

·         Silau akibat lampu yang terang

·         Bunyi yang terlalu kuat

·         Bau wangi yang terlampau kuat

·         Tekanan fizikal atau emosi

·         Waktu tidur yang tidak teratur

·         Merokok atau terdedah kepada asap rokok

·         Stress

·         Menahan lapar

·         Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Cara Mengelakkan Sakit Migrain

·         Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju

·         Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)

·         Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok

·         Minuman yang mengandungi kafein berlebihan

·         Stress dan tekanan

·         Jadual tidur yang tak tetap

·         Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Kebiasaanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah sakit migrain.

Apa kata ubah gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup sihat. Hindarkan diri kita daripada unsur-unsur yang boleh mendatangkan sakit migrain. Salah satunya kita amalkan pemakanan sihat. Kita boleh ganti ubat-ubat dengan supplement semulajadi. Kita cegah migrain sebelum ia melanda kita. Supplement Shaklee adalah supplement terbaik untuk atasi masalah sakit migrain ini.

 

Supplemen Shaklee atasi masalah sakit migraine:

 
Cara Atasi Masalah Sakit Migrain

 

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

 

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Kesimpulannya, sakit migrain akan menjejaskan kehidupan seharian kita dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada kita seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain. Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum sakit migrain menjadi lebih teruk dan merbahaya.

Jom bershaklee dengan ana. Kita mencegah migrain terjadi pada diri kita dan elakkan mengambil ubat ubatan yang tinggi kandungan dadahnya. Amalkan supplement semulajadi yang lebih sihat.


Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan