Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat
khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid
normal.
Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan
kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi
ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat
penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di
rumah dalam keadaan privasi.
Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya
dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik
sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat
penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8
atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.
Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah
meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari
ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa
lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh
anda hamil.
Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi
berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa
sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah
sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan
hasil ujian menjadi sangat jelas.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan
ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa
lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum
ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak
air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil
ujian yang bakal diperoleh.
Ketepatan Ujian
Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan
sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan
sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling
penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit
selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan
sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin.
Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di
dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada
positif ataupun negatif.
Ketepatan ujian adalah sekitar 99%, sekiranya teknik yang
dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Jadi, ada baiknya, anda
membaca arahan yang dinyatakan pada label produk sebelum melakukan ujian
tersebut dan seelok-eloknya lakukan ujian ini pada awal pagi sebelum anda mandi
kerana hasil ujian diyakini lebih tepat.
Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif
atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai
kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya
adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim,
penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan
menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan
pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.
Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak
balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di
atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda
diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat
ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh
daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan
bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.
Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi
jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil.
Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji
anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.
Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat
penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan
bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi
memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat
tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.
Langkah Demi Langkah
1. Baca Label Dan Arahan Dan Teliti
Semua Arahan Dan Gambar Yang Mungkin
Disertakan Untuk Memastikan Anda
Memahami Dengan Betul Cara Melakukan Ujian Ini Secara Bersendirian. Arahan
Tersebut Termasuklah :
- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.
- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.
2. Ikuti Semua Arahan
Anda mesti menuruti semua arahan yang diberikan agar
keputusan paling tepat boleh diperoleh. Dalam pada itu, jangan lupa menyemak
tarikh tamat tempoh alat penguji kehamilan dan syarat-syarat penyimpanan
sebelum melakukan ujian. Hal ini penting untuk memastikan alat berkenaan masih
berupaya untuk berfungsi dengan baik.
3. Rujuk Doktor
Apabila ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini
kerana sesetengah ujian boleh memberikan keputusan yang palsu. Ada hasil ujian
menunjukkan anda hamil padahal anda tidak atau ujian menyatakan anda tidak
hamil sedangkan janin sudah pun berada di dalam rahim. Langkah terbaik,
berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan jika anda khuatir dengan keputusan
ujian yang diperoleh.
Jadi jika anda hamil, Ana cadangkan set mengandung Shaklee.
Memang sesuai untuk wanita hamil dan boleh diambil dari trimester pertama lagi.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Ana ye…
Untuk Trimester 1 |
Untuk Trimester 2 dan 3 |
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana : Shaklee ID 1077743
email :anaadnicollection@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan