TIPS JAGA ANAK KETIKA DEMAM
Sukar untuk tidak
risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang
membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi
melawan jangkitan.
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi
lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi
seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda
bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi
anda:
- berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah
C atau lebih;
- berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah
C atau lebih.
Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.
Bayi anda demam kerana badannya sedang
melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa
sebab yang biasa termasuk:
- selesema;
- flu;
- krup;
- sakit tekak;
- jangkitan telinga;
- jangkitan salur kencing;
- masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Ibu bapa selalunya
boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian
menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus).
Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan
yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda
berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan
termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam.
Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi
selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip
apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua
darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang
diambil.
Termometer telinga
adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan
memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak
anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril.
Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:
- Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan
minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan
kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan
berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh
diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah
usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang
berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit
yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
- Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan
balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
- Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas
berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk
menyelimutkannya.
- Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih
banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika
anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais,
sup jernih atau jus buah-buahan telah
yang dicairkan.
- Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub
mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian
pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan
keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin
membuatnya lebih selesa.
Kelakuan bayi anda
lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah
C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu
risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau.
Hubungi pakar pediatrik anda jika:
- bayi anda berkelakuan aneh;
- tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda
tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
- dia amat letih dan tidak menyusu.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.
Bayi selalunya akan
mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi
doktor anda jika bayi anda
demam selama lebih daripada tiga hari.
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.
Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan
kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian
yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau
makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.
Hubungi
doktor anda apabila serangan
sudah reda.
Untuk masalah bayi selalu demam. Ibu
yang menyusukan bayi boleh mengambil omega guard Shaklee dan vitamin c Shaklee
untuk mencegah bayi mengidap demam. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ana ye.
Nor Salhana : Shaklee ID 1077743
email :anaadnicollection@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan