Susu
ibu adalah makanan terbaik bagi bayi kita. Kolostrum yang dihasilkan oleh
payudara ibu pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi buat bayi
kita melawan penyakit.
Proses
penyusuan sebenarnya satu kepuasan. Keputusan untuk memberikan bayi kita susu
botol atau susu ibu adalah terletak di tangan kita. Sekiranya ada di antara
kita yang berura ura untuk menyusukan bayi dengan susu botol. Hentikanlah.
Kerana kita tidakakan mampu menubah corak penyusuan botol kepada kaedah
penyusuan ibu tanpa rangsangan penyedutan dari bayi kita. Jadi, payu dara kita
akan berhenti menghasilkan susu.
Penyusuan
pertama bayi bermula dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan
sebegini berlaku dalam beberapa jam dan ada kalanya beberapa hari. Susu ibu
mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protein, karbohidrat, lemak,
vitamin, mineral dan air. Malah nutrient yang terkandung dalam susu ibu boleh
melancarkan proses penghadaman.
Bayi
0-6 bulan yang diberi susu ibu mungkin kurang berisiko mendapat penyakit kronik
dan akut termasuk cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan telinga,
alahan dan sebagainya.
Malahan,
susu ibu juga mengandungi spesifikasi biologi dan amaun nutrien yang terkandung
di dalam susu ibu akan berubah ubah mengikut keperluan tubuh badan bayi kita.
Kuman kuman yang berada di persekitaran bayi dan turut terdedah pada ibu
menyebabkan ibu menghasilkan antibody utk melawan kuman tersebut. Antibodi yang
terhasil turut diberikan kepada bayi melalui proses penyusuan.
Menyusukan
bayi pada bulan pertama adalah saat yang paling sukar tapi anda tidak akan
berdepan dengan sebarang masalah pada bulan berikutnya. Proses penyusuan juga
boleh membantu merawat uterus dan menghentikan pendarahan.
Jom banyakkan susu dengan Set menyusu Shaklee. Hasilnya memang terbukti dan kita perlulah yakin dan rajin menyusukan anak kita. Insyaallah berkesan tau.
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana : SID 1077743
email
:
anaadnicollection@yahoo.com
FB
:
Pn Salhana
Arshad
Fan Page
FB :
Cikgu Vitamin
Ana
(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan