Keputihan penyebab hubungan suami isteri retak.

Masalah rumah tangga porak peranda kadang kala berpunca daripada perkara yang mudah. Yang kebanyakkan wanita ambil mudah. Yang tidak penting. Apakah dia?

KEPUTIHAN....

Wanita dan keputihan memang tidak dapat dipisahkan. Pasti akan ada. Yang membezakannya adalah banyak dan sedikit sahaja.

Jangan ambil mudah tentang perkara ni ye. Keputihan bukan sahaja menyerang wanita yang telah berkahwin. Anak dara pun ada yang mengalami keputihan yang kuat.

Apakah dia keputihan ni? Keputihan adalah cecair putih pekat yang keluar daripada vagina wanita selalunya waktu subur. Ia adalah normal untuk seorang wanita menyalami keputihan.

Keputihan penyebab hubungan suami isteri retak.
 
Yang tidak normalnya, apabila keputihan yang keluar tu banyak dan berubah warna kepada warna kuning nak kehijauan. Selain itu ia juga mempunyai bau yang tidak menyenangkan atau busuk.

Bayangkan hubungan intim kita suami isteri terganggu dengan masalah keputihan ni. Ada suami yang tidak sampai hati menegur isteri sebab risau si isteri akan terasa hati. Jadi, kita sebagai isteri perlulah ambil tahu dan jika ada, berusahalah untuk mengatasinya.

Semuanya untuk suami tersayangkan.

Keputihan ni ada banyak kesan negetifnya. Klik di sini untuk membaca tentang kesan keputihan kepada wanita ye...

Untuk atasi keputihan ni, Ana cadangkan pengambilan supplemen Shaklee iaitu Alfalfa Complex dan juga Garlic. Gabungan keduanya akan membasmi kulat yang menyebabkan keputihan ini.

Keputihan penyebab hubungan suami isteri retak.


Alfalfa Complex ini mempunyai sifat antikulat.

Garlic pula sebagai antibiotik semulajadi yang selamat dan berperanan untuk membunuh kulat yang menyebabkan keputihan.

Keduanya adalah gabungan untuk melawan keputihan.

Jom dapatkan segera Alfalfa Complex dan Garlic untuk mengharmonikan rumah tangga kita. elakkan hubungan suami isteri retak disebabkan keputihan.




Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Apakah Dia Pembelajaran Abad ke 21?

Pembelajaran abad ke 21. Sedang glamour perkataan ini. Apakah dia Pembelajaran Abad ke 21 ni.

Pembelajaran Abad ke 21 ni perlu bersifat futuristik, fleksibal dan dinamik.

Kurikulum nya perlu berfokuskan 7 kemahiran iaitu:

1. Kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

2. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan

3. Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni

4. Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

5. Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

6. Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

7. Kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Untuk memfokuskan 7 kemahiran tersebut, perlulah ada guru abad ke 21 dan palajar abad ke 21.


Ciri Guru Abad ke 21 adalah seperti berikut:-

1. Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

2. Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi

3. Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka

4. Memahami psikologi pembelajaran

5. Memiliki kemahiran kaunseling

6. Menggunakan teknologi terkini.


Ciri guru abad ke 21




Ciri Pelajar Abad ke 21 pula adalah seperti berikut:-

1. Berupaya membuat hubung kait

2. Bijak menyoal

3. Yakin berkomunikasi

4. Mengambil risiko

5. Dahagakan ilmu

6. Ingin tahu

7. Menjana idea

8. Fleksibal

9. Tidak putus asa

10. Mendengar dan membuat refleksi

11. Berkemahiran kritis

12. Menguasai kemahiran literasi

13. Berani mencuba

14. Mampu berfikir sendiri

15. membuat inisiatif

16. Mampu bekerja dengan orang lain

17. Membuat perubahan

18. Berintegriti

19. Berkeperibadian tinggi

Ciri murid abad ke 21



Kedua duanya, guru dan murid perlu mengamalkan ciri abad ke 21 untuk menjayakan pembelajaran abad ke 21 ini.

Diharapkan kemenjadian murid akan lebih hebat dan terbilang dengan dasar yang baru ini.
Apakah Dia Pembelajaran Abad ke 21?


Tips atasi perut buncit bukan sebab mengandung

"Hai Ana. Lamanya tak jumpa ko. Dah lain lah sekarang ni.... Ko mengandung ke Ana?" hah... apa?? terus sentap bila ditanya soalan tu...

Mana tak sentapnya. Kita yang tak mengandung dikatakan mengandung... huhu... nampak sangat perut dah maju ke depan... Tak mengandung pun, kawan - kawan nampak macam mengandung. Macam mana ni? Apa yang perlu dibuat...

Pernah alami situasi begitu. Seram gak bila baca kan... Tapi itulah yang bakal berlaku jika perut kita ni buncit. Nampak macam preggy mommy plak... :(

Bagi wanita, masalah perut, punggung dan peha akan timbul apabila dah beranak nanti. Perut buncit. Punggung lebar. Peha besar. Badan dah jadi bentuk buah pear. Masalah besar sungguh ni....

Ana ada tips mudah. Harga mampu milik. :)

Ana sendiri amalkan selepas bersalin anak ke 4 Ana. Memang ada perubahan positif pada perut buncit Ana ni. Ana ambik selama sebulan je. Pada mulanya tak perasan pun. Tapi saja try baju lama dalam almari. Sedang elok plak di tubuh. Terkejut jugak lah. Macam tak bercaya je....

Apa yang Ana ambik? Jeng jeng jeng.... ????!!!


Tips atasi perut buncit bukan sebab mengandung
Atasi perut buncit dengan Herblax
Ana ambik Herblax Shaklee. Memang terbaik untuk mengempiskan perut buncit. Terbukti berkesan. Sebab Ana sendiri dah rasainya...

Apa yang Herblax ni lakukan ye?

Ia membersihkan najis yang tersumbat dan mampu merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Usus tersumbat nilah salah satu punca perut kita buncit.

Tips atasi perut buncit bukan sebab mengandung
Ana selepas 11 bulan bersalinkan baby Shafa'.

Jom cuba Herblax ni untuk kempiskan perut buncit tu. Tak salah untuk mencuba. :)

Sila klik di sini untuk info lanjut tentang Herblax Shaklee


Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Muka Hodoh Sebab Jerawat

Aggghhhh!!! Kenapalah mamat tu asyik pandang aku jeling jeling ni... Stress nya rasa... Aku tahulah muka ku hodoh sebab jerawat banyak.... Waaaa Waaa... Sedihnya...

Pernah alami situasi begitu. Sedihkan. Stress pastinya akan ada.

Cemburu tengok wajah rakan rakan yang licin tanpa jerawat. Itu sudah pasti. Pernah tak bertanya kepada mereka, apakah rahsia kulit wajah mereka licin cantik... Apa!!! tak pernah... Kenapa? Malu nak bertanya...

Nak hapuskan jerawat. Kita boleh buat laser treatment dan suntikan botox... Kenapa buat suntikan botox. Sebab nya nak suntik vitamin C dan kolagen lah... Dua tu adalah faktor penting supaya jerawat tak tumbuh di muka kita...

Ana ada cara mudah dan tak mahal macam laser treatment dan suntikan botox tu... Apa kah dia???

Mari baca apa yang Ana nak kongsikan ni... Senang sungguh caranya. Ana amalkan sejak setahun dulu... dan hasilnya... Jerawat dah malu nak tumbuh di kulit wajah Ana ni. Walaupun semasa period, Ana ucapkan bye bye to jerawat ni... Alhamdulillah..

Muka Hodoh Sebab Jerawat
Wajah Ana selepas konsisten dengan vit c, vit e dan b complex Shaklee

Caranya, Ana amalkan secara konsisten ye.. Pengambilan Vitamin C, Vitamin E dan B Complex Shaklee. Memang terbaik.

Sebenarnya, ada pelbagai gabungan produk Shaklee untuk atasi masalah jerawat ni. Ada juga collagen powder dan esp. Semuanya bergantung kepada bajet kita untuk cantik... :)

Semuanya terbaik dan dapatkanlah cara pengambilan yang betul dari pengedar yang bertauliah ye. Takut nanti, anda beli dan makan, tetapi hasilnya tiada... huhu...

Jom klik link di bawah ni untuk maklumat lanjut...

Cara Merawat Jerawat Dengan Shaklee

Wajah Cantik Menawan: Set D Shaklee

Rahsia Kulit Wajah Cantik dan Mulus

Awet Muda Dengan Collagen Powder Shaklee



Boleh hubungi Ana seperti di bawah untuk pembelian dan daftar ahli...
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Kenapa Jatuh Cinta Dengan MLM yang Teruk ni...

Hai semua.

Ada cerita tentang MLM yang teruk dan cekik darah... Selalu sangat kita dengar, baca dan lihatkan... Kena headhunting semua tu... Sistem piramid lagi... Mengkayakan upline.. Teruk sunggih MLM ni...

Benar ke??? Ada ke MLM yang mematuhi syariah? Pernah ke anda kaji sebelum menyebarkan sesuatu yang tak betul...

Ana dah jumpa MLM yang best... Ana dah kaji dan bertanya... Memang Ana jelas dengan sistemnya... Tapikan.... Dengar plak ia boleh menyebabkan cyst!!!... Bersekongkol dengan Israel!!!.... :(

Pernah dengar tentang keburukan Shaklee... Kalau tak pernah, boleh klik  di sini....  Ana kongsikan...

Ramai yang mengviralkan di dalam internet tentang "S*%#&!e effect" ni. Tetapi betul ke?

Cuba klik link ni... hayatinya ye...  :) :)

Terjebak dengan MLM secara tak sengaja. Sebenarnya untuk guna sendiri dan suka suka sharing sahaja.

Samalah dengan Ana pun... Beli utk guna sendiri sahaja. Dah guna dan rasai keberkesanannya. Terus jatuh cinta... Bagaimana Ana jatuh cinta dengan MLM ni, klik di sini ye...

Banyak dah yang Ana kongsikan kenapa Ana jatuh cinta dengan MLM yang teruk ni... Tapi Ana yakin sangat... Dan bangga berada dalam susur galur group Eutopia, Jutawan Family, iReach Family, Rich Family, Superb Family... Jika rasa nak tambah pendapatan dan membantu ekonomi keluarga... Jom join Ana dalam Cinta Family...

Kenapa Jatuh Cinta Dengan MLM yang Teruk ni...


Hubungi Ana ye...

Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tips penting ketika pergi bercuti

Hai semua... Assalamualaikum...

Cuti sekolah dan muncul. Ada perancangan untuk bercuti kemana mana tak? Ana... ofcos lah ada... Tak sabar nak tunggu en hubby cuti je... Ana dan anak-anak memang dah cuti sekolah... hehe...

Oklah ni Ana kongsikan tips penting ketika bercuti ye... untuk yang pergi bercuti dalam negara lah ye... ahak-ahak... oversea, Ana sendiri tak de pengalaman lagi... huhu...

Tips penting ketika pergi bercuti


Tips penting ketika pergi bercuti adalah...

1. Pastikan segala dokumen penting dibawa bersama.
Apakah dokumen penting tu ye? Salinan pun bawa gak... Contohnya,
  • kad pengenalan kita dan anak-anak.
  • Lesen memandu
  • kad ATM bank
  • kad insuran
  • peta (sekarang kita guna GPS je, download data terkini ye...)
  • Senarai nombor penting semasa kecemasan
Ana asingkan daripada dompet duit Ana. Yang salinan tu Ana simpan di dalam satu beg lain. In case, ada kecemasan dan seperti kehilangan... Ana tak hilang semuanya kan... Beringat-ingat selalu...

2. Barangan keperluan seperti pakaian dan barangan keperluan diri
Yang ni pun penting. Bawalah pakaian yang senang dipakai dan senang disimpan. Tak perlukan bawa banyak sangat barang. Iron pun boleh minta di bilik hotel je. Pakaian tak cukup boleh basuh je. Carilah kedai dobi syiling tu. Banyak dah sekarang ni. :) Dan jangan lupa ye, baju sejuk pun perlu dibawa sekali...

Barangan keperluan diri juga jangan dilupakan. Ana lebih suka bawa sendiri ubat gigi, berus gigi, sabun dan pencuci muka. Tak lupa juga, pencukur untuk en suami :)

3. Ubat ubatan dan barangan kesihatan dibawa dan mencukupi
Teramat-amat penting. Takkanlahkita nak sakit ketika bercutikan. Jadi, pastikan bekalan ubat dibawa bersama. Seperti inhelar untuk asma, ubat demam, batuk, cirit birit pun perlu jugak. Selain itu, Ana akan pastikan Ana membawa bekalan vitamin SHAKLEE untuk Ana sekeluarga... :)

Selalunya, Ana akan pastikan ketiga-tiga tips ni diikuti semasa pergi bercuti. Harap ia membantu. SELAMAT BERCUTI semua...

Tips Memilih Permainan Anak Yang Selamat

Kanak-kanak dan permainan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka memang memerlukan alat permainan untuk merangsang minda dan pemikiran mereka. Mereka boleh belajar daripada permainan mereka.

Kita sebagai ibu bapa perlulah memilih permainan yang sesuai untuk anak anak kita. Pilihlah permainan yang selamat dan tidak memudaratkan mereka.

Di sini Ana kongsikan tips untuk memilih permainan yang selamat untuk anak-anak kita.

1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
Ini penting sebab kita perlu tahu yang permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur berapa tahun. Sesuaikah dengan peringkat umur anak-anak kita.

2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
Anak patung memang sangat disukai oleh kanak-kanak perempuan. Pastikan ianya sesuai dengan anak kita ye. Elakkan yang mempunyai bulu yang panjang untuk anak yang berusia bawah setahun kerana dikuatiri mereka akan memakannya atau pun menyebabkan asma.

3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
Yang ini memang perlu dititik beratkan. Sekarang ini memang banyak baby gym yang dijual. Ada yang sesuai untuk merangsang fizikal dan deria bayi. Jadi pilihlah yang terbaik untuk bayi kita.

4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
Permaian seperti robot, keretamemang ada bahagian yang tajam. Elakkanlah membeli permainan seperti ini. Carilah permainan yang bulat sisi dan sudutnya.

5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
Permainan yang mempunyai bahagian yang kecil ni selalunya untuk kanak kanak yang lebih besar. Jadi pastikan anak-anak kita yang lebih kecil diberi perhatian jika ada permainan yang mempunyai bahagian yang kecil ini berada di dalam rumah.

6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.
Permainan dengan bahan bertoksik memang ada dijual. Selalunya permainan dari negara China menggunakan cat yang berwarna berkilat-kilat ada mempunyai bahan bertoksik ini. Jadi, elakkannya.

7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.
Elakkan juga membeli permainan yang senang tertanggal catnya. Kita boleh tahu dengan mengikis sedikit catnya untuk melihat sama ada ia mudah tertanggal atau tidak. Jika ya, elakkannya.

Tips Memilih Permainan Anak Yang Selamat


Semoga perkongsian Ana ni bermanfaat untuk kita. Jagalah insan kesayangan kita tu. Merekalah permata hati dan saham akhirat kita.


Rahsia anak sihat dan ibu gembira

Pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah ini. Mungkin anda salah seorang daripada mereka ini... "Anak saya selalu tak sihat..." "Anak saya tak mahu makan" "Anak saya tak aktif je" "Anak saya selalu deman dan batuk apabila musim sekolah bermula"... Masalah sungguhkan... Lagilah jika ia melibatkan buah hati tersayang kita....

Ana pun sama. Anak Ana yang kecil ni Ana hantar ke nursery. Pastinya akan deman jikalau ada kanak-kanak lain yang demam sama di nursery tu.

Lain plak kes nya dengan si abang yang nombor dua tu. Yang ni susah sikit nak makan. Memilih sangat. Asyik nak makan ayam sahaja. Nasi dan sayur susah sungguh nak makan. Jenuh berpujuk.

Yang sulung plak, hilang fokus dalam pelajaran. Penat jugaklah mama ni membebel dan suruh belajar untuk peperiksaan.

Tetapi semua tu, Ana dah tak alaminya. Bye bye dah... Rahsia anak Ana sihat dan Ibu pun gembira...


Rahsia anak sihat dan ibu gembira
Wajah-wajah kesayangan Ana.


Apa yang Ana buat??? nak tahu... Ana hanya berikan kepada anak-anak Ana vitamin yang diperlukan oleh mereka. Selebihnya, Ana berdoa dan tawakal... Alhamdulillah... berjaya...

Apa rahsia Ana.... Rahsia Ana sama dengan ibu-ibu dalam video ni... Jangan lupa klik di sini ye kalau nak tahu rahsia kami. Kami nak kongsi rahsia ni. Rugi kalau tak klik :)

Kami semua berpuas hati. Ramai lagi yang berpuas hati... Anda pulak???

Mereka berpuas hati... Anda perlu cuba untuk buah hati tersayang anda... :)

Maklumat lanjut, boleh klik di sini ye... Ada Ana kongsikan....

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

10 tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah

Jika kita bekerja, ada cukup masa ke nak mengurus rumah tangga. Lagilah jika kita tiada pembantu rumah. Balik kerja dah penatkan. Nak kena memasak lah, mengemas rumah lah dan kena basuh baju lagi.

Kalau awal berkahwin dulu, senang sahaja kita. Hanya ada suami yang perlu diuruskan. Apabila anak semakin bertambah, banyak benda yang kita perlu urus dan atur. Maka, perlu ke pembantu rumah? Jawapan Ana.... TIDAK PERLU... sebabnya...

10 tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah


Ana ada tips yang boleh digunakan. Ana pun buat tips ni jugak.

1. Membasuh dan menyidai pakaian setiap hari.
Basuh dan sidailah pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita.

2. Melipat pakaian selepas kering
Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiaphari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja.
Nak mudah lagi, banyak pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)

3. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Ana peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga Ana untuk stok seminggu. Ana gosok kemas-kemas dan gantung di penyangkut khas sedia untuk dipakai sahaja. Mudahkan... Jimat masa dan tenaga...

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti.

5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven.

6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasakita memasak tu, kita cuci jugak pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi.

7. Menyimpan semula barang di tempatnya
Yang ni, Ana latih anak-anak dan suami simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan dimerata-rata.

8. Mengemas rumah sebelum tidur
Ana juga akan pastikan rumah tersusun kemas sebelum Ana tidur malam  tu. Menyapu apa yang patut. Tak perlulah sampai mengemop bagai tu. Yang tu Ana buat hujung minggu sahaja. Ana pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, sebab ahli rumah ni tahu dah nak simpan barang. Ana hanya menyapu sahaja :) Esok petang, balik sekolah rumah dah siap tersusun.

9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Ana suka memilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Lagi satu Ana sukakan perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti.

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.

Mudah kan. Semuanya Ana dah buat dan Ana kongsikan dengan semua. Harap ianya membantu wanita bekerja untuk menguruskan rumah tangga tanpa pembantu rumah....

Bye...

Bersedekah Menjemput Rezeki...

Assalamualaikum semua...

Kali ni Ana nak berkongsi tentang kaedah kedua untuk menjemput rezeki. Apakah itu?

Bersedekah...

Bersedekah memang banyak kaedahnya. Kadang ada kalanya kita tak sedar pun yang kita sebenarnya sedang bersedekah. Memang kita dah amalkan...

Oklah kali ni, Ana nak kupas tentang tajuk ni plak...

Janji Allah tentang sedekah


Pertama sekali selepas bangun tidur, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita. Takkiralah sama ada mereka masih hidup atau sudah mengadap Ilahi. Yang penting sedekah kita kepada ibu bapa tersayang kan :) Senang bukan!!

Ada lagi cara yang mudah, apabila kita bangun untuk solat subuh atau pun awal sedikit, solat taubat dan solat tahajud... Kita tarik duit dalam purse kita nak asingkan ke satu tabung....  Yang ni Ana panggil infaq subuh... Niatkan untuk didermakan kepada mereka yang memerlukannya... Tak kiralah beberapa ringgit pun. Asalkan ikhlas memberi... Dan apabila akhir bulan, kita sedekahkan... 

Lagi satu, kita juga boleh niat macam ni ketika kita nak keluar rumah... Aku nak bersedekah kepada mereka yang aku jumpa nanti... Lagilah jika kita keluar ke pasar pasar malam contohnya... ramai jugak mereka yang memerlukan berada di situ... Niat sedekah kepada mereka... Duit memang kita dah asingkan semasa infaq subuh tadikan :)
 insyaallah akan ada rezekinya...

Tetapi sedekah yang paling afdal adalah sedekah kepada saudara mara terdekat kita. Apa yang kita nak sedekahkan.. Wang ringgit sahaja ke??? tak semestinya. Sebenarnya, apa sahaja yang mampu membuatkan insan itu gembira... itu namanya sedekah...Allah swt, gandakan berganda-ganda apa yang kita sedekahkan ini... Insyaallah...

Dan yang terakhir, yang paling paling mudah... senyuman adalah satu sedekah. Percuma sahaja tanpa sebarang modal... Mudahkan. Banyakkan senyuman, banyakkan sedekah... Maka banyaklah aura positif di sekeliling kita...

Jadi, pesan Ana, jangan lupa bersedekah ye... Satu kaedah mudah untuk menjemput rezeki... Ana dah mula, anda bagaimana? Jom sama-sama menjemput rezeki dengan cara bersedekah...

Berminat untuk membeli vitamin Shaklee kan... Hubungi Ana ye...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776